Rabu, 26 Jun 2013

Pulau Papan yang sweet

Assalamualaikum.. Haa..neyh Anna dah masuk entry baru tentang pulau labuan and pulau sekelilingnya..tempat neyh menarik taw..sweet jewk..hehe,,Hope U'olls suka..


  Pulau Papan

Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.


Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.



Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.



Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.  

Pulau Daat  Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan